Friday 18 April 2014

Gadis dan Aksesori

Assalamualaikum... tajuk entry kali nie Gadis dan Aksesori berpisah tiada,hahaha.. korang mesti suka sgt kan aksesori nie x kira la mahal atau murah...yg ptg cntik dan sesuai utk digayakan...Ada yang suka cincin,rantai,gelang dan subang. Bergantung kepada keselesaan dan minat seseorang utk menggayakan aksesori yang mana menjadi pilihan hati...Dekat shopping mall ke pasar malam ke banyak sgt2 aksesori yg cantik2 pelbagai bentuk dan color yang menarik utk digayakan bersama baju yg korang gayakan...kerlllassss sgt!!!

Ini dia antara aksesori yang aku ada.pelbagai jenis warna tp semua warna senang nak match..dtg dari byk tempat...ada dari Sabah,China

Rantai epal by Teddy Tales KLCC,yang bantuk love tu cap pasar malam,kekeke

Gelang color merah by Teddy Tales KLCC, yang HANANI tu custom made dekat poli dulu2...

Rantai dan gelang mutiara dari Sabah,sesuai dipadankan bersama baju kurung

Kreatif x? Kalau aku buat sendiri confirm x jadi...

Subang penghias telinga yang comel,hik2..

Gelang dan cincin jed 

Itu sajew lah antara aksesori yang sempat dikongsikan entry kali nie... Nak berfesyen x perlu barangan yang mahal...ada banyak yang murah tp cantik...bergantung kepada kebijaksanaan seseorg utk menggayakannya...bubyeee... muahhhh....

Monday 14 April 2014

Peminat Tegar Shawls / Selendang

Assalamualaikum...aku sure makin hari makin banyak pilihan tudung kat pasaran...terdapat pelbagai jenis tudung dengan pelbagai variasi corak,fabrik dan reka bentuknya.  Ada tudung sarung, bawal, selendang, turban...errmmmmm banyak lagi lah adik kakak oiii... Kalau pergi jew kowt Masjid Jamek tu, Wakaf Che Yeh ke jgn harap nak balik tangan kosong je...paling tak pon ada tudung bawal plain yg harga 5 hengget bawak balik ye dak?


Hari nie aku nak citer pasal shawls...aku pasti korang semua mesti dah pandai gayakan shawls mengikut citarasa msg2 kan..belit sana,belit sini...jarum tang tuu,jarum tang nie..utk kekemasan masa kita menggayakan shawls tu...tutorial dekat facebook, dekat youtube pon byk sgt2...nak gayakan pesyen apa? semua hadooo...shawls pon terdapat banyak rekaan dari selendang panjang yang biasa, ada jugak halfmoon yang mana blh dikategorikan sebagai shawls jugak.. 


Persaingan antara pengeluar2 tudung ni pon banyak sangat2 saingannya..jadi kita kena bersaing secara sihat la..dengan rekaan moden atau pon tradisional adik kakak pasti bergaya menggayakan fesyen tudung dari pengeluar yang berjenama ataupon tidak berjenama...

Design : Electric Blue Aztec
Material : Cotton Silky
by Sugarscarf

 Plain Halfmoon 2 tone
soft pink & baby blue
Yang nie cap pasar malam jew

Plain Shawls 
pink belacan , yellow

Nie dia macam2 hadoo...printed shawls,pashmina

Semoga korang enjoy dengan entry aku hari nie..haha....gayakan tudung jenis apa pon asalkan cantik mata memandang..bye2...muahhhhh....

Wednesday 9 April 2014

KARI AYAM / DAGING TERENGGANU

BAHAN-BAHAN :

- Ayam atau daging
- Rempah 4 beradik ( kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga)
- Ubi kentang
- Cili giling
- Santan
- Susu cair
- Gula melaka
- Bawang putih (*)
- Bawang merah (*)
- Lengkuas (*)
- Kunyit hidup (*)
- Halia(*)
- Rempah kari ayam atau daging
- Minyak untuk menumis

{ Bahan pertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu }

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak kemudian masukkan rempah 4 beradik sehingga naik aroma wangi rempah tersebut.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. ( bawang putih,bawang merah,halia dan lengkuas)
3. Masukkan cili giling. Masak sehingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari ayam atau daging tumis sehingga agak kering sedikit.
5. Masukkan ayam  dan gaulkan bersama bahan2 tadi sehingga sebati.
6. Masukkan santan bersama sedikit air.
7. Masukkan susu cair setengah tin. ( ikut citarasa kepekatan gulai ayam yang anda mahukan).
8. Biarkan ayam sehingga separuh masak kemudian masukkan ubi kentang. Kalau boleh belah ubi kentang saiz yang sederhana supaya cepat masak bersama ayam.
9. Masukkan separuh gula  melaka daripada segelung.
10. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
11.Jika ayam kelihatan sudah masak dan tidak lupa ubi kentang sudah empuk boleh la tutup api dan hidangkan.

TIPS : jika ingin gulai ayam lebih terasa sedap perapkan dahulu ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit sahaja garam.


          Boleh dimakan bersama "Lebanese Bread", roti arab, roti sandwich putih, dan jugak nasi minyak








Thursday 3 April 2014

Woooot...Woooot...Konvokesyen

Assalamualaikum...akhirnya hari yang ditunggu menjelma jugak...ewah bukan hari akad nikah yew..hari yang ditunggu ialah Majlis Istiadat Konvokesyen Ke 8 PTSS pada 18 & 19 Mac 2014. Setelah 3 tahun mengharungi suka dan duka sebagai pelajar politeknik. Terima kasih kepada papa mama,keluarga,kawan-kawan dan yang paling penting kepada pensyarah yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar. 

Officially Alumni PTSS

3 serangkai..hehe...

Coursemate,Classmate,Roomate...terima kasih sahabat bagi kita bantal warna pink kesukaan kita

Ini dia kawan tempat meluahkan perasaan..sama2 Kelantanese

Sebelum ke Dewan Harum Manis..bergambor dulu cik kak semua pakai monopod yang leh muat ramai tuu

Yang paling terharu...sob...sob...terima kasih kepada semua yang bagi saya hadiah konvo

Selama aku  5 hari 4 malam dekat Arau,Perlis aku menginap di hotel Brilliant Inn berdekatan dengan Balai Bomba Arau. Sangat selesa dan yang paling penting murah. Untuk keterangan lanjut boleh la tekan link nie http://brilliantinn.blogspot.com/ .

Wednesday 20 November 2013

Homestay / Rumah Tumpangan / Guest House Mama Nor (Kota Bharu,Kelantan)

Musim cuti sekolah nie atau bukan cuti sekolah pon,kalau anda semua datang untuk bercuti sekeluarga di Kelantan bolehlah menginap di homestay keluarga sy yang terletak betul-betul  di tengah bandar Kota Bharu belakang pejabat Risda atau belakang kondominium permai. Kalau nak datang bercuti ke, rombongan kahwin ke boleh la menginap di homestay kami.


LOKASI : Berdekatan dengan pusat membeli belah (kb mall,tesco,billion), pejabat kerajaan (risda,jkr,suk), wakaf che yeh, pasar siti khadijah, taman indera petra (splash taman tema air mini), masjid telipot, stadium kelantan, terminal hentian bas kb, balai islam.


KEMUDAHAN : 3 bilik tidur (katil queen),3 bilik air,1 tv lcd,siaran astro NJOI,1 aircond (master bedroom shj),kettle,peti ais,dapur,iron and board,parking di dalam kawasan rumah (maksimum 4 buah kereta),sofa,meja makan,3 extra tilam bujang.


HUBUNGI : 0148472528 (HANA)




Ruang Tamu 

 Bilik Tidur Utama

 Bilik Tidur Kedua

Bilik Tidur Ketiga

Ruang Makan

Dapur

 Bilik Mandi

 Bilik Mandi

Bilik Mandi

 Kain Sembahyang dan Sejadah disediakan untuk kemudahan tetamu

TV LCD beserta astro NJOI

Wednesday 17 July 2013

Bakat Dalam Bidang Fotografi

Assalamualaikum...

Kalau cakap jew pasal fotografi, aku sure ramai peminat-peminat lensa kat luar sana yang sangat-sangat berbakat. Bermula dari suka-suka ambil gambar sehingga boleh buat jobs dan dapat jadikan bidang fotografi sebagai mata pencarian..ewahh..

Ditambah plak dengan zaman yang serba canggih dengan teknologi nie, terlalu banyak pilihan kamera yang terdapat di pasaran antaranya Nikon, Canon, Olympus... dan banyak lagi. 

Masa aku belajar dekat poli perlis pun ada subjek fotografi untuk belajar teknik asas ambil gambar nie. Aku pun ada jugak dapat job untuk ambil gambar orang tunang dan kahwin.. Tapi aku tolak sebabnya masa tidak mengizinkan. sob...sob...

Kalau pergi jalan-jalan kat tempat menarik aku takkan tinggalkan kamera kesayangan aku untuk snap-snap gambar yang cantik. Fotografi sebenarnya ialah suatu seni sebab bila kita dapat snap gambar yang cantik pasti ianya akan menjadi suatu karya atau portfolio dalam hidup... Kalau ada rezeki suatu hari nanti pun aku nak bukak kedai gambar yang menawarkan pakej pra perkahwinan, perkahwinan dan lain-lain pakej  sama ada dalam fotografi atau videografi..Nama kedai dah ada FH FOTOGRAFI cewahh...impian aku tinggi...  

Ini ialah salah satu gambar yang aku pernah snap semasa Majlis Pertunangan kawan aku...


Yang nie pun sama... Masa nie aku hanya bawak kamera digital jew untuk amik gambar..


Ini diambil dari view bawah lokasinya di Sungai Tekala Hulu Langat

Gambar ni diambil di Bukit Bintang,KL. Ini pun view dari atas jugak,aku siap naik kat tempat monorail nak ambil gambar nie.


Serius la minat aku bermula dengan suka-suka ambil gambar dan sekarang aku dah mula kumpul koleksi gambar yang aku snap untuk dijadikan portfolio. Senang la kalau-kalau nak minta kerja nanti..

Friday 23 November 2012

FH Cornflakes Madu

Bahan-bahan :


 -500 gram Cornflakes

 - 150 gram kismis


-100gram kacang tanah


-100 gram mentega


-1 cawan madu


-1 sudu teh esen vanilla


 -1 sudu besar gula kastor


-cawan pastri
Cara-caranya :

1.Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga rangup dan keemasan. Kemudian tumbuk kacang tersebut
 ( jangan terlalu hancur ye ).

2.Cairkan mentega di atas api yang kecil. Kemudian masukkan madu, gula, serta esen vanilla. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga larut. ( jangan besarkan api kerana ia boleh menyebabkan rasa kurang enak adunan tersebut ).

3.Letakkan cornflakes di dalam satu mangkuk berlainan. Pastikan mangkuk yang digunakan agak besar supaya kita boleh kacau cornflakes bersama adunan supaya ianya sebati dan tidak tumpah.

4.Masukkan kismis dan kacang tanah ke dalam mengkuk yang berisikan cornflakes.

5.Masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi seperti mentega,madu,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk yang berisikan cornflakes, kacang tanah dan madu.



6.Gaulkan bahan tersebut supaya ianya sebati. Masukkan ke dalam cawan pastri.

7.Bakar di dalam ketuhar selama lima hingga sepuluh pada suhu 180 darjah. ( pastikan ianya tidak dibakar terlalu lama kerana ianya mudah hangit dan mengurangkan keenakan cornflakes madu tersebut ).

8. Inilah hasilnya akak2 sekalian..


Selamat Mencuba ye!!!