Wednesday 17 July 2013

Bakat Dalam Bidang Fotografi

Assalamualaikum...

Kalau cakap jew pasal fotografi, aku sure ramai peminat-peminat lensa kat luar sana yang sangat-sangat berbakat. Bermula dari suka-suka ambil gambar sehingga boleh buat jobs dan dapat jadikan bidang fotografi sebagai mata pencarian..ewahh..

Ditambah plak dengan zaman yang serba canggih dengan teknologi nie, terlalu banyak pilihan kamera yang terdapat di pasaran antaranya Nikon, Canon, Olympus... dan banyak lagi. 

Masa aku belajar dekat poli perlis pun ada subjek fotografi untuk belajar teknik asas ambil gambar nie. Aku pun ada jugak dapat job untuk ambil gambar orang tunang dan kahwin.. Tapi aku tolak sebabnya masa tidak mengizinkan. sob...sob...

Kalau pergi jalan-jalan kat tempat menarik aku takkan tinggalkan kamera kesayangan aku untuk snap-snap gambar yang cantik. Fotografi sebenarnya ialah suatu seni sebab bila kita dapat snap gambar yang cantik pasti ianya akan menjadi suatu karya atau portfolio dalam hidup... Kalau ada rezeki suatu hari nanti pun aku nak bukak kedai gambar yang menawarkan pakej pra perkahwinan, perkahwinan dan lain-lain pakej  sama ada dalam fotografi atau videografi..Nama kedai dah ada FH FOTOGRAFI cewahh...impian aku tinggi...  

Ini ialah salah satu gambar yang aku pernah snap semasa Majlis Pertunangan kawan aku...


Yang nie pun sama... Masa nie aku hanya bawak kamera digital jew untuk amik gambar..


Ini diambil dari view bawah lokasinya di Sungai Tekala Hulu Langat

Gambar ni diambil di Bukit Bintang,KL. Ini pun view dari atas jugak,aku siap naik kat tempat monorail nak ambil gambar nie.


Serius la minat aku bermula dengan suka-suka ambil gambar dan sekarang aku dah mula kumpul koleksi gambar yang aku snap untuk dijadikan portfolio. Senang la kalau-kalau nak minta kerja nanti..