Friday 23 November 2012

FH Cornflakes Madu

Bahan-bahan :


 -500 gram Cornflakes

 - 150 gram kismis


-100gram kacang tanah


-100 gram mentega


-1 cawan madu


-1 sudu teh esen vanilla


 -1 sudu besar gula kastor


-cawan pastri
Cara-caranya :

1.Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga rangup dan keemasan. Kemudian tumbuk kacang tersebut
 ( jangan terlalu hancur ye ).

2.Cairkan mentega di atas api yang kecil. Kemudian masukkan madu, gula, serta esen vanilla. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga larut. ( jangan besarkan api kerana ia boleh menyebabkan rasa kurang enak adunan tersebut ).

3.Letakkan cornflakes di dalam satu mangkuk berlainan. Pastikan mangkuk yang digunakan agak besar supaya kita boleh kacau cornflakes bersama adunan supaya ianya sebati dan tidak tumpah.

4.Masukkan kismis dan kacang tanah ke dalam mengkuk yang berisikan cornflakes.

5.Masukkan bahan-bahan yang dimasak tadi seperti mentega,madu,gula dan esen vanila ke dalam mangkuk yang berisikan cornflakes, kacang tanah dan madu.



6.Gaulkan bahan tersebut supaya ianya sebati. Masukkan ke dalam cawan pastri.

7.Bakar di dalam ketuhar selama lima hingga sepuluh pada suhu 180 darjah. ( pastikan ianya tidak dibakar terlalu lama kerana ianya mudah hangit dan mengurangkan keenakan cornflakes madu tersebut ).

8. Inilah hasilnya akak2 sekalian..


Selamat Mencuba ye!!!














No comments:

Post a Comment