Wednesday 9 April 2014

KARI AYAM / DAGING TERENGGANU

BAHAN-BAHAN :

- Ayam atau daging
- Rempah 4 beradik ( kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga)
- Ubi kentang
- Cili giling
- Santan
- Susu cair
- Gula melaka
- Bawang putih (*)
- Bawang merah (*)
- Lengkuas (*)
- Kunyit hidup (*)
- Halia(*)
- Rempah kari ayam atau daging
- Minyak untuk menumis

{ Bahan pertanda * hendaklah dikisar terlebih dahulu }

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak kemudian masukkan rempah 4 beradik sehingga naik aroma wangi rempah tersebut.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. ( bawang putih,bawang merah,halia dan lengkuas)
3. Masukkan cili giling. Masak sehingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari ayam atau daging tumis sehingga agak kering sedikit.
5. Masukkan ayam  dan gaulkan bersama bahan2 tadi sehingga sebati.
6. Masukkan santan bersama sedikit air.
7. Masukkan susu cair setengah tin. ( ikut citarasa kepekatan gulai ayam yang anda mahukan).
8. Biarkan ayam sehingga separuh masak kemudian masukkan ubi kentang. Kalau boleh belah ubi kentang saiz yang sederhana supaya cepat masak bersama ayam.
9. Masukkan separuh gula  melaka daripada segelung.
10. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
11.Jika ayam kelihatan sudah masak dan tidak lupa ubi kentang sudah empuk boleh la tutup api dan hidangkan.

TIPS : jika ingin gulai ayam lebih terasa sedap perapkan dahulu ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit sahaja garam.


          Boleh dimakan bersama "Lebanese Bread", roti arab, roti sandwich putih, dan jugak nasi minyak








No comments:

Post a Comment