Saturday 21 May 2011

FH Chocolate Cake

KEK COKLAT
Bahan-bahan (kek) :
3 cawan gandum/360 gram
6 biji telur (gred A)
2 cawan gula pasir
2 cawan marjerin
1 sudu teh baking powder & soda bikarbonat
½ tin koko
½ tin susu pekat manis + air suam (jadikan 1 gelas)
1 sudu teh vanilla

Bahan-bahan (toping) :

½ cawan susu pekat
½ cawan koko
3 sudu besar marjerin
sedikit air
chocolate rice


Cara-caranya (kek) :
-campurkan koko,tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder dalam satu adunan dan ayakkan;
-mesin gula dan marjerin hingga sebati,masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanilla.mesin hingga kembang/naik;
-masukkan susu yang dicampur satu gelas adunan yang dimesin,kacau hingga sebati,masukkan campuran adunan yang di ayak (berselang-seli);
-kacau hingga rata dan bakar.
-ketuhar 180° celcius dalam masa 30 minit /hingga masak.

Cara-caranya (toping kek) :
-masukkan air,marjerin,susu dan koko dalam kuali dan masak lebih kurang lima minit (hingga masak/sebati).
-seeloknya taburkan toping ke atas kek dalam keadaan suam (toping dan kek).
-tabur chocolate rice di atas kek(untuk hiasan sahaja)